30.12.11

Emosi yang meronta..

Dear Blog....


Lama kan aku menghilang tanpa berita di sini.. aku cuma muncul di sini bila emosi kat dalam nih tak berapa seronok.. emmm...sebenarnya aku lebih suka menulis di sini sebabnya aku rasa semacam tiada siapa yang sedar kewujudan aku di sini.. jadi aku bebas menulis sesuka hati..harharhar...


Sebenarnya hati aku kat dalam nih semacam meronta-ronta.. meronta-ronta bila tengok banyak jemputan perkahwinan di fb, meronta-ronta bila tengok banyak gambar-gambar profile bertukar kepada gambar perkahwinan di fb, meronta-ronta bila tengok ramai yang upgrade relationship di fb...bertambah meronta-ronta bila melihat kemesraan merpati sejoli... haisssssssssssh... sungguh hati ini sangat meronta-ronta... hidup ini belum menyebelahi aku...


Aku bukannya terdesak mahu berkahwin atau apa.. cuma timbul satu perasaan cemburu bila melihat yang seusia atau yang lebih muda sudah melalui gerbang perkahwinan.. usia aku pula akan menjangkau 24 Tahun. orang kampung aku pula tak abis-abis sebok tanya aku bila lagi? aku jadi malas nak pergi kenduri mana-mana sebab sakit hati.. Haisssssshhh... kadang-kadang kawan bergurau yang bukan-bukan pun sebenarnya aku simpan di hati.... 


Paling memilukan sekarang aku rasa macam aku nih makhluk hodoh atas muka bumi.. sebabnya setiap kali aku tengok cermin aku semacam nampak manusia yang bersaiz obesiti... yakni aku... wajah aku pula membulat semacam... semua ini tekanan tahu? mungkin sebab aku makhluk hodoh la tuhan tak kahwin kan aku lagi...huhuhuhuhu...itu tak kira gurauan kasar kawan-kawan lagi tentang saiz aku...aku keciwa..aku mahu mati... aku kesal dengan kehidupan yang tak menyebelahi aku... 


Sudah..sudah... semakin sadis aku menaip di sini...