1.1.12

Selamat Tahun Baru

Dear blog..


Selamat Tahun Baru..selamat datang 2012..semoga 2012 membawa kejutan demi kejutan yang membahagiakan hati aku...aku sangat tak nak la kejutan yang boleh menyakitkan hati aku...sangat tak nak..silalah main jauh-jauh... aku cuma inginkan yang indah-indah sahaja.. 


Ini entry pertama tahun 2012..haissssssshhh......cepat sungguh masa berlalu... haiissssssshh.. mengeluh lagi sekali..aku semacam ada masalah dengan masa.. dari dulu sampai sekarang mengenangkan masa yang terlalu cepat meninggalkan aku...dan kadang-kadang masa semacam menghambat aku... Azam? azam memang sinonim dengan tahun baru.. namun aku nih manusia yang jenis tak suka tanamkan azam..sebabnya aku tak pernah dapat hasil yang memuaskan walaupun aku tanam azam setebal novel 6 bulan bacaan... Malas aku nak berazam segala.. cukuplah koleksi azam yang tak tertunai dalam arkib hidup aku tuh... tapi satu je yang aku selalu berazam sejak akhir2 tahun ini.. azam aku nak bernikah, berumahtangga, menimang cahaya mata! heeeee...boleh? 


Tapi aku nampak macam azam yang satu nih pun macam kelam je nak terlaksana dalam tahun 2012.. mustahil.. musykil pun ada.. okey-okey tukar azam.. aku nak jadi orang kaya! taukey doodle berjaya! hah.. yang nih pun kelam gelemat jugak..sebabnya aku selalu langgar dateline.. macam mana nak berjaya.. kan aku dah bilang, aku bermasalah besar dengan masa...harharhar...


2011.. macam tahun-tahun sebelumnya juga, ada yang menarik ada yang tak menarik... malas aku nak kupas.. sebabnya aku spesies yang suka pendam dalam hati...kemudian sebelum tido malam-malam layan lagu jiwang tak ingat alam sambil menitiskan air mata kesyahduan... kadang-kadang aku rasa macam nak pasrah sahaja dengan kehidupan yang belum menyebelahi aku ini..


Redha itu ikhlas,
Pasrah itu menyerah...

No comments: