30.12.11

Emosi yang meronta..

Dear Blog....


Lama kan aku menghilang tanpa berita di sini.. aku cuma muncul di sini bila emosi kat dalam nih tak berapa seronok.. emmm...sebenarnya aku lebih suka menulis di sini sebabnya aku rasa semacam tiada siapa yang sedar kewujudan aku di sini.. jadi aku bebas menulis sesuka hati..harharhar...


Sebenarnya hati aku kat dalam nih semacam meronta-ronta.. meronta-ronta bila tengok banyak jemputan perkahwinan di fb, meronta-ronta bila tengok banyak gambar-gambar profile bertukar kepada gambar perkahwinan di fb, meronta-ronta bila tengok ramai yang upgrade relationship di fb...bertambah meronta-ronta bila melihat kemesraan merpati sejoli... haisssssssssssh... sungguh hati ini sangat meronta-ronta... hidup ini belum menyebelahi aku...


Aku bukannya terdesak mahu berkahwin atau apa.. cuma timbul satu perasaan cemburu bila melihat yang seusia atau yang lebih muda sudah melalui gerbang perkahwinan.. usia aku pula akan menjangkau 24 Tahun. orang kampung aku pula tak abis-abis sebok tanya aku bila lagi? aku jadi malas nak pergi kenduri mana-mana sebab sakit hati.. Haisssssshhh... kadang-kadang kawan bergurau yang bukan-bukan pun sebenarnya aku simpan di hati.... 


Paling memilukan sekarang aku rasa macam aku nih makhluk hodoh atas muka bumi.. sebabnya setiap kali aku tengok cermin aku semacam nampak manusia yang bersaiz obesiti... yakni aku... wajah aku pula membulat semacam... semua ini tekanan tahu? mungkin sebab aku makhluk hodoh la tuhan tak kahwin kan aku lagi...huhuhuhuhu...itu tak kira gurauan kasar kawan-kawan lagi tentang saiz aku...aku keciwa..aku mahu mati... aku kesal dengan kehidupan yang tak menyebelahi aku... 


Sudah..sudah... semakin sadis aku menaip di sini...

25.11.11

Bercakap dengan Bulan...

Dear Blog.....

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

SEDIH... itu istilah paling tepat mewakili aku saat ini.. maka marilah bercakap dengan bulan.. Haissssh.. saat ini aku menulis di sini sambil merenung ke dada langit.. dada langit yang kosong... tiada kerlipan bintang-bintang menghiasi dada langit.. mungkin saat ini bulan juga kesepian kerana tidak di pagar bintang.. Bukan hari ni sahaja bulan kesepian sebabnya semalam pun dada langit kosong sama juga dengan hari-hari sebelumnya... aku di tingkat 6 jendela menghadap terus ke langit... Pemandangan yang cukup menenangkan hati yang selalu resah ini...

Emm... semoga esok lebih baik dari hari ini...tak ada apa yang aku inginkan dalam kehidupan sementara ini.. cuma kasih sayang yang sempurna.. itu sahaja... titik...  =) Entry tamat!


19.11.11

Hai hai hari sabtu

Dear blog..

Hai hai hai hari sabtu... hari jumaat adalah hari yang boleh buat aku tersenyum sampai ke telinga sebabnya jumaat akan mempertemukan aku dengan sabtu.. hari sabtu adalah hari membuat peta dunia secara gigih..aku bukan ahli geografi tapi kalau buat peta atas bantal memang aku pakar.. tapi sepakar-pakar aku lagi pakar si Shuhada.. sebab beliau pernah buat peta malaysia atas meja masa form 1 dulu...hahahahaha.. ops...terbuka rahsia beliau pulak....  Maafin gue ya...heee.. 

Haisssh...terasa macam cepat pula masa berlalu... masa cepat pun salah masa lambat pun salah.. apa yang aku nak pun tak tahu sebenarnya.. aku nak masa berhenti seketika boleh? tapi masa yang indah2 sahaja... huhuhuu.. doraemonnnnnnnnnnnnnnnn... tiba-tiba jadi nobita pula jerit-jerit panggil doraemon..

Hati kat dalam nih sebenarnya rasa macam digaru-garu je nak balik Kedah dalam masa terdekat nih... emm.. kena kerja kuat nih demi membeli 2 keping tiket pergi dan balik...huhuhu...tak tahu la kenapa saya merasakan kehidupan di ukm ini sangat tidak seronok... padahal sudah hampir 4 tahun di sini tapi jiwa saya tak boleh berinteraksi dengan baik di sini....tak tahu kenapa..yang saya tahu bila menulis pernyataan seperti ini air mata saya semacam mahu bergenang.... Haissssssssssssssssssshhhh... 

Kadang-kadang saya macam tiada matlamat hidup..kadang-kadang saya rasa macam saya tak nampak apa2 dihadapan saya.. maksudnya saya tak tau masa depan saya.. kadang-kadang saya rasa saya cuma akan hidup di dunia ini untuk jangka masa yang singkat sahaja... 

Emmmm...cukup la membuat penulisan bohsan macam kat atas nih... geli pula nak baca semula...harharhar.. nak backspace malas! Entry tamat! 

15.11.11

Hari Air Mata datang Lagik!

Dear Blog...
sesedap rasa saja aku letak tajuk blog akhir-akhir ini..entah kenapa aku rasa semacam sangat selesa di sini.. disini maksud aku blog ini lah..bukan blog yang satu lagi..aku menaip sesedap hati...aku tulis kerana aku.. apa yang terbuku aku tulis... tapi kan... 

ada sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan perkataan..
walaupun berjuta-juta patah kata..belum tentu boleh buat orang faham..
itulah perasaan sebenarnya - Chika-

Aku semacam pelik lah dengan diri sendiri akhir-akhir ini sangat dan terlalu kaya dengan airmata.. aku dah macam gagal logik.. logik akal aku macam tak berapa nak support sistem... tak tahu la apa yang tak kena dengan serebrum aku nih...semacam gagal kawal emosi.. melayan kepala dan emosi dalam bilik akhir-akhir ini adalah perkara biasa bagi aku.. lepas tuh mula la nak mengalirkan air mata.. duktus air mata pun semacam giat keluarkan air mata.... Haissssh..aku tak paham kenapa hati aku rapuh macam kaca...Haissssh lagi sekali...

Lagi satu hal yang merunsingkan aku adalah dia...ya...dia berkelakuan aneh akhir-akhir ini... Dulu dia peramah, periang, mudah ketawa... tak serius... Kini dia pendiam, tak periang, tak ketawa..dia serius... aku heran sebenarnya... nak tanya tak tahu hujung pangkal nak tanya... kelainan beliau kali nih benar-benar lain.. tadi aku call lepas tuh ada satu ayat yang macam tak berapa sedap pada pendengaran aku yang kadang-kadang tak berapa berfungsi dengan baik nih ...harapan aku moga sifat-sifat dia yang menghiburkan hati aku dulu kembali menghiburkan lagi... 

Emm... satu perkara lagi.. jeles melihat kawan-kawan yang dah berumahtangga... harapan aku, aku pun boleh sampai level alam suami isteri dengan blackz... Hanya mampu mengadu pada Tuhan tentang satu hal ini.... Okeh..cukup contengan aku hari ini.. esok pasti ada entry air mata lagi... Haissssssssssssssssssssssssshhh... mengeluh untuk sekian kali...

14.11.11

Holliday is Over!

Dear Blog...

Aku menulis sebab aku.. aku curahkan segalanya sebab aku...

Sedih, hiba ..tak bergumbira..di atas beberapa sebab...Holliday is Over! that why... hidup sebagai perantau di negeri orang...eceh...perantau kunun...perantau la tuh dari Kedah ke Bangi nih.. Haissssssh.... Lagi memilukan sebab terasa kekosongan di bumi asing ini...eh! dah tak asing...tapi rasa terasing...hahah...



Bab 1 : Aku rindu
Aku rindu kat seseorang...Blackz.. satu nama yang tak asing dalam dunia seorang Farhah... serius sangat rindu walaupun sehari sebelum berholiday sudah ketemu sama beliau.. tapi memandangkan beliau sudah mengambil keputusan untuk bekerja di Penang, aku jadi sedih dan hiba.. terasa keseorangan di sini... terasa semacam kolam air mata mahu bergenang lagi disaat menaip di sini... terasa seperti jarak memisahkan...haisssssh... 

Tersedarlah aku bahawa setiap manusia ada kehidupan dia sendiri.. sedalam mana pun kita cuba memahami seseorang itu, kita bukanlah dia.. tetap bukan dia.. dan kita tak akan sesekali pun betul-betul kenal manusia.. dan aku tiada daya upaya untuk control kehidupan orang lain ikut kehendak aku semata.. dan aku juga boleh nampak betapa kuatnya kuasa masa..masa boleh merubah sesorang.. dan Doa aku supaya kekuatan masa juga semakin 'mendekatkan' KAMI...

Hakikatnya rindu ini dah sampai ke tahap ini.. tahap tak boleh duduk diam cuma boleh mengadu dekat umi... umi selalu pesan itu dan ini..kata umi dalam hubungan ini perlu bersabar dan berdoa..berdoa sahaja kekuatan yang aku ada... Lama aku pandang frame gambar di hujung sudut meja, ada dia...cuba membayangkan dia dekat... Ye Dekat di Hati walau jauh di mata..sekali lagi air mata nih semacam mahu menitis.........sebabnya mungkin 4,5 bulan dari saat ini baru kami akan bertemu... dan harapan aku paling teratas dalam carta harapan buat masa ini, moga tempoh masa itu lebih pantas dari hakikatnya... Haishhhhh... HARU! Pesan umi lagi 'Jangan pentingkan diri sendiri..cuba fahami si dia..'

I might not say it often..
but i want u to know..
that there's nothing more special to me in this world..
than having u by my side..
Always...
Thinking of You..

Bab 2 : Sebok 
Holliday is Over! maknanya sebok akan semacam berjaya mendominasi hidup aku di kampus... kesebokkan jugak boleh buat hati aku gundah gulana, hiba dan sedih... tengok...aku nih memang diciptakan sinonim dengan air mata... haissssh...sebok pun boleh buat aku bergenang air mata tahu? nasib Umi letak nama Farhah Zaidah 'Kelebihan Kegembiraan' itupun gembiranya tak lebih...sedih je lebih.... Haisssshhhhhhhh.. mengeluh lagi sekali...

Jam sudah menginjak ke angka 11.30 malam.. rasanya cukup disini coretan aku hari ini.. terasa sedikit beban perasaan itu kurang sebanyak jumlah huruf yang aku taip disini...Tempahan sedang menanti aku...  mengambil tempahan demi sesuap nasi... =) Nite... 



1.11.11

Bermula sebuah kisah Si Gadis

Dear Blog...


Bermula Sebuah Kisah Si Gadis


Assalamua'laikum...
menulis disini , tanpa skop.. blog yang ke 4 mungkin.. entah terjaga entahkan tidak.. Siapa saya? si gadis di sebuah persinggahan... persinggahan yang sementara, menunggu masa dan ketika.. Hanya air mata dan senyuman teman setia.. 


Kisah si gadis baru bermula..kisah semacam klasik sebab si gadis memang klasik orangnya..kalaulah dari pertama kali menjejakkan kaki di uni sudah menulis kisah si gadis, pasti sekarang saya sedang tersenyum-senyum sumbing atau tersenyum-senyum kambing atau senyum semacam kerang busuk, sebabnya membaca cerita-cerita nostalgia yang sudah diconteng disini, tapi sebab bicara si gadis baru bemula, maka saya bukan sedang senyum-senyum kambing tapi sedang kerut-kerut dahi, mencari skop apakah yang mahu diconteng disini...? mungkinkah sebuah diari? perjalanan seorang gadis dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan di UKM? 


Berumahtangga di UKM adalah kurang seronok tapi menjadi sedikit seronok bila terkenangkan segala nostalgia... sungguh nostalgik...dan kadang-kadang dramatik... hidup secara solo di UKM jugak tidak lah semacam seronok.. sunyi sepi... makan secara solo, berjalan secara solo, sangat sepi kehidupan ini... =)


Nothing worse than feeling alone..
alone with pain and hurt..