Dear Blog...
sesedap rasa saja aku letak tajuk blog akhir-akhir ini..entah kenapa aku rasa semacam sangat selesa di sini.. disini maksud aku blog ini lah..bukan blog yang satu lagi..aku menaip sesedap hati...aku tulis kerana aku.. apa yang terbuku aku tulis... tapi kan...
ada sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan perkataan..
walaupun berjuta-juta patah kata..belum tentu boleh buat orang faham..
itulah perasaan sebenarnya - Chika-
Aku semacam pelik lah dengan diri sendiri akhir-akhir ini sangat dan terlalu kaya dengan airmata.. aku dah macam gagal logik.. logik akal aku macam tak berapa nak support sistem... tak tahu la apa yang tak kena dengan serebrum aku nih...semacam gagal kawal emosi.. melayan kepala dan emosi dalam bilik akhir-akhir ini adalah perkara biasa bagi aku.. lepas tuh mula la nak mengalirkan air mata.. duktus air mata pun semacam giat keluarkan air mata.... Haissssh..aku tak paham kenapa hati aku rapuh macam kaca...Haissssh lagi sekali...
Lagi satu hal yang merunsingkan aku adalah dia...ya...dia berkelakuan aneh akhir-akhir ini... Dulu dia peramah, periang, mudah ketawa... tak serius... Kini dia pendiam, tak periang, tak ketawa..dia serius... aku heran sebenarnya... nak tanya tak tahu hujung pangkal nak tanya... kelainan beliau kali nih benar-benar lain.. tadi aku call lepas tuh ada satu ayat yang macam tak berapa sedap pada pendengaran aku yang kadang-kadang tak berapa berfungsi dengan baik nih ...harapan aku moga sifat-sifat dia yang menghiburkan hati aku dulu kembali menghiburkan lagi...
Emm... satu perkara lagi.. jeles melihat kawan-kawan yang dah berumahtangga... harapan aku, aku pun boleh sampai level alam suami isteri dengan blackz... Hanya mampu mengadu pada Tuhan tentang satu hal ini.... Okeh..cukup contengan aku hari ini.. esok pasti ada entry air mata lagi... Haissssssssssssssssssssssssshhh... mengeluh untuk sekian kali...
No comments:
Post a Comment