14.11.11

Holliday is Over!

Dear Blog...

Aku menulis sebab aku.. aku curahkan segalanya sebab aku...

Sedih, hiba ..tak bergumbira..di atas beberapa sebab...Holliday is Over! that why... hidup sebagai perantau di negeri orang...eceh...perantau kunun...perantau la tuh dari Kedah ke Bangi nih.. Haissssssh.... Lagi memilukan sebab terasa kekosongan di bumi asing ini...eh! dah tak asing...tapi rasa terasing...hahah...



Bab 1 : Aku rindu
Aku rindu kat seseorang...Blackz.. satu nama yang tak asing dalam dunia seorang Farhah... serius sangat rindu walaupun sehari sebelum berholiday sudah ketemu sama beliau.. tapi memandangkan beliau sudah mengambil keputusan untuk bekerja di Penang, aku jadi sedih dan hiba.. terasa keseorangan di sini... terasa semacam kolam air mata mahu bergenang lagi disaat menaip di sini... terasa seperti jarak memisahkan...haisssssh... 

Tersedarlah aku bahawa setiap manusia ada kehidupan dia sendiri.. sedalam mana pun kita cuba memahami seseorang itu, kita bukanlah dia.. tetap bukan dia.. dan kita tak akan sesekali pun betul-betul kenal manusia.. dan aku tiada daya upaya untuk control kehidupan orang lain ikut kehendak aku semata.. dan aku juga boleh nampak betapa kuatnya kuasa masa..masa boleh merubah sesorang.. dan Doa aku supaya kekuatan masa juga semakin 'mendekatkan' KAMI...

Hakikatnya rindu ini dah sampai ke tahap ini.. tahap tak boleh duduk diam cuma boleh mengadu dekat umi... umi selalu pesan itu dan ini..kata umi dalam hubungan ini perlu bersabar dan berdoa..berdoa sahaja kekuatan yang aku ada... Lama aku pandang frame gambar di hujung sudut meja, ada dia...cuba membayangkan dia dekat... Ye Dekat di Hati walau jauh di mata..sekali lagi air mata nih semacam mahu menitis.........sebabnya mungkin 4,5 bulan dari saat ini baru kami akan bertemu... dan harapan aku paling teratas dalam carta harapan buat masa ini, moga tempoh masa itu lebih pantas dari hakikatnya... Haishhhhh... HARU! Pesan umi lagi 'Jangan pentingkan diri sendiri..cuba fahami si dia..'

I might not say it often..
but i want u to know..
that there's nothing more special to me in this world..
than having u by my side..
Always...
Thinking of You..

Bab 2 : Sebok 
Holliday is Over! maknanya sebok akan semacam berjaya mendominasi hidup aku di kampus... kesebokkan jugak boleh buat hati aku gundah gulana, hiba dan sedih... tengok...aku nih memang diciptakan sinonim dengan air mata... haissssh...sebok pun boleh buat aku bergenang air mata tahu? nasib Umi letak nama Farhah Zaidah 'Kelebihan Kegembiraan' itupun gembiranya tak lebih...sedih je lebih.... Haisssshhhhhhhh.. mengeluh lagi sekali...

Jam sudah menginjak ke angka 11.30 malam.. rasanya cukup disini coretan aku hari ini.. terasa sedikit beban perasaan itu kurang sebanyak jumlah huruf yang aku taip disini...Tempahan sedang menanti aku...  mengambil tempahan demi sesuap nasi... =) Nite... 



No comments: